Ahad, 18 Oktober 2009

ASAL USUL NAMA LANGKAWI

Pulau ini d kenali dari timur hingga ke arab sebagai Pulau Langkasuka. Dan dipercayai pulau ini juga telah beberapa ketika pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Kedah pada masa silam. Ini kerana pulau ini berada dalam kedudukan yang strategik dalam mengawal laluan perdagangan dan ketenteraan di antara Acheh, Siak-Riau-Lingga di Samudra, Toung Oo-Mandalay di Burma, Patani, Setoi (Satun), Singgora di Segenting Kra, Kuala Muda, Kota Setar, Kerian, Beruas, Padang Serai, Larut Matang, Beruas di Semenanjung Tanah Melayu dengan pendagang-pendagang dari Arab, India, Parsi, China dan Rkukuyu.

Kebiasaan ramai orang ketika ini mengetahui bahawa nama Langkawi di ambil nama sempena nama burung “helang” @ “lang”. Manakala “kawi” pula diambil dari nama sejenis batu kapur (Batuan Kalsit/Karbonat) yang terdapat banyak di sini. Jadi tidak hairanlah jika pulau ini menjadi transit atau habitat helang kawi.
Manakala dari sumber yang lain, Perkataan Langkawi berasal dari perkataan "laghwi".
bilaghwi = disebabkan sumpahmu.
laghwi jadi langkawi disebabkan loghat lidah melayu..
laghwi = sumpah saya, boleh dikaitkan dengan sumpah Mahsuri ?:o

SUMPAH LAGHWI
Ayat 225 :Tidaklah diperhitongkan oleh Allah apa yg sia-sia pada sumpah kamu. Tetapi akan diperhitungkan kamu oleh apa yang diusahakan dia oleh hati kamu. Sedang Allah adalah Maha Pengampun, Lagi Maha Penyayang. TIDAKLAH DIPERHITUNGKAN OLEH ALLAH APA YANG SIA-SIA PADA SUMPAH KAMU.
Di sini terdapat kata LAGHWI yang didalam terjemahan ini kita ertikan sia-sia.
Menurut erti yang biasa, laghwi ertinya ialah kata -kata terlanjur atau kata-kata yang tidak dipertimbangkan semasak-masak. Bercakap asal bercakap saja. Maka dalam hal ini ahli tafsir yang muktabar telah mengeluarkan berbagai pendapat.
Menurut Ibnu Abbas dan Aisyah dan sebahagian ahli tafsir, arti LAGHWI disini ialah KATA TERBIASA YANG DIUCAPKAN ORANG SEKADAR MENGUATKAN KATA SAJA, MISALNYA, TIDAK! DEMI ALLAH! di dalam percakapan hari-hari, dengan tidak bermaksud hati sebagai bersumpah.

Menurut Al Marugi, begitulah erti LAGHWI pada sumpah itu, yang telah sama sependapat-pendapat ulama di atasnya. Menurut dari Hurairah SUMPAH LAGHWI itu ialah bersumpah untuk memastikan bahawa yang akan kejadian adalah begitu. Tetapi kemudian setelah sampai waktunya, maka yang kejadian itu berbeda dengan yang telah dipastikannya itu. Itu pun termasuk SUMPAH LAGHWI.
Menurut riwayat yang lain dari Ibnu Abbas, SUMPAH LAGHWI ialah SUMPAH SESEORANG SEKETIKA DIA SANGAT MARAH. Pendapatnya itu dianuti juga oleh Thawas dan Makhul.

REALITI KISAH HIDUP KETURUNAN MAHSURI

KISAH MAHSURI BINTI PANDAK MAYAH

Radin Masjoro berasal dari Pulau Besar, Melaka. Ibu dan bapanya menetap dan meninggal di Pulau Besar. Beliau merupakan seorang peniaga batu permata dan emas. Beliau sentiasa berulang alik dari negeri arab ke alam melayu ini melalui Pulau Langkasuka yang pernah menjadi pusat pemerintahan negara Kedah. Setelah kemangkatan kedua ibu bapanya, beliau terus berpindah ke Pulau Langkasuka. Semasa beliau berniaga ke Siam ,beliau berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama Kuntom Bt Abdullah. Mereka pun berkahwin dan menetap di Pulau Langkasuka. Setelah mereka menetap di Pulau Langkasuka, mereka meneruskan perniagaan hingga ke Negeri Cina sambil belajar ilmu agama. Hasil dari perkongsian hidup mereka, dikurniakan dua orang anak. Pertama bernama Ratna Sari dan yang kedua bernama Ratna Dewi. Setelah anak kedua dewasa, dikahwinkan pula dengan Lah B. Mat Piah berasal dari Pattani. Hasil dari perkahwinan mereka itu, mendapat dua orang anak. Pertama bernama Umayyah dan yang kedua bernama Ishatul. Umayyah pula berkahwin dengan Karma yang berasal dari Pulau Langkasuka. Keluarga Karma ini menetap di sebuah kampung yang bernama Kampung Cenerai di Pulau Langkasuka. Mereka mendapat tujuh orang anak Anak keenam dan ketujuh meninggal dunia ketika masih kecil. Anak kelima mereka bernama Mayah dan dipanggil dengan gelaran Pandak (Pandak Mayah)Pandak Mayah dikahwinkan dengan Cik Alang. Cik Alang berasal dari Satun. Setelah usia Pandak Mayah dua puluh empat tahun, mereka mendapat seorang anak perempuan dan diberi nama Masiah.Ketika usia inilah beliau dilantik oleh orang-orang kampungnya menjadi ketua Kampung Cenerai yang pertama. Lengkap dengan pakaian rasmi dan senjata.Penduduk kampungnya ketika itu berjumlah lapan ratus hingga sembilan ratus orang. Ketika usia Pandak Mayah dua puluh tujuh tahun, mereka mendapat anak perempuan yang kedua dan diberi nama Masilah Setelah umurnya tiga puluh dua tahun mendapat pula anak yang bongsu dan diberi nama Mahsuri. Ketiga-tiga anak mereka perempuan. Pekerjaan harian mereka adalah menanam padi huma, ubi kayu dan sayuran-sayuran kegunaan harian. Mereka juga ke laut sebagai nelayan. Pandak Mayah juga gemar memelihara burung seperti burung murai cacing, burung serindik, burung merbuk dan lain-lain burung. Kepandaian beliau yang lain seperti memanggil Pelanduk dengan cara memukul daun palas ke tanah. Mereka juga memelihara kerbau, lembu serta kambing. Kalau di laut Pandak Mayah juga pandai mencari mutiara dan dijual kepada saudagar dari Cina dan Siam. Sebagai ketua kampung, segala permasalahan orang-orang kampungnya dirujuk kepada beliau. Beliau dikenali hingga ke Siam. Beliau juga mangadakan urusan niaga hingga ke Siam. Contohnya beliau membeli kopi , kain dan lain-lain barang dari Siam dan menjual di pulau ini. Pandak Mayah juga pernah berkunjung hingga ke Siam dan menerima hadiah dari pembesar Siam.

Ketika Cik Alang megandung anak yang ketiga ( lebih kurang lima bulan ), beliau diberikan oleh seorang hamba Allah sebilah pisau wali di masjid tua Ulu Melaka. Pisau wali itu digunakan sebagai senjata peribadi sepanjang hayatnya. Di saat-saat akhir beliau mengandung ini juga , beliau mengidam hendak makan ikan bawal putih. Bawal putih dapat dicari oleh Pandak Mayah berhampiran Pulau Dayang Bunting. Terus dibawa pulang ikan itu untuk isterinya. Dimasak dan dimakan oleh Mandak Alang. Selepas dua hari beliau memakan ikan itu, beliau terus melahirkan anaknya yang ketiga pada jam lebih kurang sebelas malam dihujung bulan Ramadan. Air perigi digunakan untuk mencuci Mandak Alang dan anaknya. Perigi itu terletak agak jauh dari rumah mereka iaitu berhampiran surau Kampong Cenerai.

Dalam usia lima tahun lagi anak bongsu Pandak Mayah sudah diajar ilmu agama. Beliau belajar dengan seorang ustazah dari Pattani. Tempat mereka belajar ialah di surau Kampung Cenerai.Dalam tahun 1810 Thai-Siam telah menyerang Pulau Langkasuka secara besar-besaran untuk menaklukinya. Malangnya mereka gagal dan ditentang hebat oleh panglima-panglima Pulau Langkasuka. Ketika perang ini jugalah beras dikumpul dan dibakar oleh Penghulu di Kampong Jerat. Tujuannya untuk tidak terlepas ke tangan orang-orang Thai-Siam. Dalam ketika perang dengan Thai-Siam ini jugalah Mahsuri anak bongsu Pandak Mayah bertunang dengan Wan Derus Bin Wan Embong. Setelah Thai-Siam kalah dan Pulau Langkasuka kembali aman , mereka pun berkahwin dalam usia dua puluhan. Semasa Pandak Mayah mengadakan kenduri kahwin anak bongsu inilah , beliau mengunakan periuk besar bergaris pusat tiga kaki dan boleh memasak nasi untuk beratus-ratus orang. Periuk ini ditempah di Trang dan dibuat dari tembaga. Setelah Mahsuri berkahwin, bapanya menghadiahkan kepadanya rumah . Tapak rumah asal itu sekarang ini berada tidak jauh dari pintu masuk makam. Rumah asal itu ialah sebuah rumah ketua kampong. Ukiran rumah itu diukir oleh Hj Sulaiman dari Pakistan. Beliau megambil masa hampir satu tahun untuk menyiapkan ukiran itu. Sehingga kini masih terdapat ukiran itu. Setelah usia Mahsuri lebih kurang tiga puluhan, mereka mendapat seorang anak dan diberi nama Wan Hakim. Selepas dua tahun mereka pula mendapat seorang lagi anak dan diberi nama Wan Hamzah. Wan Derus merupakan seorang panglima. Antara sahabat-sahabat rapatnya ialah Syed Salim, Syed Bakhori, Syed Ali dan yang lain-lain lagi. Dalam tahun 1820an Thai-Siam telah menyerang Negeri Satun. Ketika itu negeri Satun diperintah oleh Raja Bokhori iaitu anak kepada Tengku Alang Perkasa. Maka Raja Bokhori pun meminta pertolongan dari angkatan perang dari Pulau Langkasuka. Ketika itu Pulau Langkasuka di bawah perintahan Raja Satun. Bertolaklah satu angkatan perang dari Pulau Langkasuka dan diketuai oleh beberapa orang panglima perang . Salah seorang dari panglima itu Wan Derus. Setelah beberapa hari dalam pelayaran, sampailah mereka ke Satun .Tidak berapa lama di Satun berlakulan peperangan antara angkatan Raja Bokhori dengan angkatan tentera Thai-Siam. Peperangan ini berlaku disebuah tempat berhampiran pantai iaitu di Ban Khuan (Kampong Bukit) atau Ban Chuan. Serangan Thai-siam ini dapat dipatahkan. Dalam peperangan ini juga lah Raja Satun diselamatkan oleh orang-orang Raja Siam Kedah dan membawanya ke Saiburi. Bila Satun aman sepenuhnya barulah beliau pulang ke Satun.
Ketika peperangan berlaku di Satun, Di Pulau Langkasuka pula sedang berlaku peristiwa di antara anak menantu Wan Embong sendiri. Orang-orang Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya pula tidak ke Satun untuk membantu Raja Satun dalam peperangan menentang Thai-Siam, Wan Mahora, isteri kepada Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya dan kakak ipar kepada Mahsuri. Beliau merasa amat cemburu dengan Mahsuri terutamanya Mahsuri lebih mendapat perhatian dari orang-orang tempatan atau dari luar. Mahsuri juga pernah mendapat hadiah dari Raja Siam Kedah. Justeru itu juga keluarga Pandak Mayah juga tidak kurang disebut atau disanjung orang. Berputik daripada perasaan cemburu inilah, Wan Mahora memasang perisiknya yang kebetulan tinggal berhampiran dengan rumah Mahsuri iaitu Mak Udoh. Tapak rumahnya sekarang ini telah terbina tandas awam berhampiran Makam Mahsuri. Mak Udoh hanya empat tahun lebih tua dari Mahsuri. Mereka juga berkawan baik lebih-lebih lagi mereka tinggal sekampung. Deramang ialah seorang penjual kain dari seberang atau dari Sumatera. Beliau juga bersahabat dengan Wan Derus atau dengan keluarga Pandak Mayah sendiri. Tanda persahabatan mereka masih ada hingga ke hari ini dalam bentuk siling lama. Kerana beliau berniaga, sudah tentulah beliau akan rumah ke rumah untuk menjual barang-barangnya tidak kira waktu dan masa. Kesempatan inilah diambil oleh Mak Udoh untuk menjalankan tugasnya untuk Wan Mahora. Inilah kesempatan yang amat baik bagi beliau untuk membantu Wan Mahora. Daripada perasaan cemburu berubah kepada hasad dengki dan seterusnya berlakulah fitnah. Memang berlaku Deramang penjual kain bertandang ke rumah Mahsuri dengan tujuan menjual kain. Akan tetapi kesempatan ini diintai oleh Mak Udoh dengan mengatakan mereka berdua-duaan. Perkara ini telah dibawa oleh Mak Udoh ke pengetahuan Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya dan disokong kuat oleh Wan Mahora. Maka Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya memerintahkan panglimanya ke Kampung Cenerai untuk membawa Mahsuri meghadap beliau. Dengan tidak tahu tujuan apa-apa Mahsuri pun pergilah meghadap Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya atau abang iparnya. Amat terkejutlah Mahsuri ketika beliau dituduh berkelakuan tidak senonoh dengan Deramang penjual kain. Dalam kekalutan ini, Deramang penjual kain pula megambil kesempatan lari keluar dari Pulau Langkasuka . Beliau sempat menaiki kapal yang menuju ke Sumatra. Dua hari Mahsuri ditahan di Kampung Jerat. Juga tidak mengaku olehnya walaupun diugut untuk dibunuh. Maklumlah perkara tidak dilakukan oleh beliau bagaimana hendak mengaku mengikut kehendak penuduh. Hari kedua gemparlah orang-orang Kampong Cenerai dengan berita Mahsuri dituduh berkelakuan tidak baik dengan penjual kain. Bergegaslah mereka ke Kampung Jerat untuk mendengar berita itu. Ibu bapa Mahsuri juga bergegas ke rumah Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya. Berbagai-bagai penjelasan diberikan oleh ibu bapanya tapi tidak diendahkan oleh Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan oleh Pandak Mayah. Kerana kesemua orang-orang kuatnya pergi berperang. Tetapi orang-orang Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya ramai. Apa yang dapat dilakukan oleh Pandak Mayah, keluarganya dan sahabatnya hanya berdoa saja agar kebenaran berpihak kepadanya. Masa berjalan , rayuan tidak di layan oleh Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya. Hukum bunuh hendak dilaksanakan juga . Yang tidak bersalah tetap mengaku tidak bersalah walaupun diugut hendak di bunuh.Hari hampir senja. Mahsuri pun dibawa oleh orang-orang Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya ke tepi pantai. Beliau pun diikat ke sebatang pokok cenerai yang sederhana besar. Pokok cenerai itu pula dikuatkan dengan sebatang buluh pancung. Tali untuk mengikat tangan Mahsuri dibuat oleh seseorang yang pandai. Tali itu dibuat dari empat jenis bahan yang berlainan iaitu dari kulit pisang benggala, rambut yang panjang, kulit pisang udang dan akar minyak. Setelah tangannya diikat kuat oleh orang yang pandai, beliau tetap juga tidak mengaku dengan tuduhan itu. Orang yang menjalankan hukuman bagi pihak Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya ialah panglimanya bernama Alang Budiman. Mahsuri pula berpakaian kemas dan bertudung kepala hadiah dari suaminya yang terakhir. Disanggulnya tercucuk penyucuk sanggul merupai keris. Dilehernya tergantung seutas rantai emas berlokek. Didalam lokek itu tersimpan Quran kecil. Kesemua orang kampungnya yang hadir berada tidak jauh dari tempat hukuman itu termasuk ibu dan bapanya. Keris pertama diserahkan kepada Alang Budiman dan terus menikam ke dada Mahsuri tapi tidak berhasil. Ibunya jatuh pengsan. Diberi pula keris yang berlambang naga kepada Alang Budiman. Tiga kali Alang Budiman menggelilingi Mahsuri. Ditikamnya ke dada Mahsuri sebelah kiri dari arah belakang. Mahsuri masih tidak menyedari bahawa dadanya sudah ditikam. Beberapa lama barulah beliau merasa sakit. Ibunya sedar dari pengsan. Selepas itu barulah ikatan ditangannya dibuka. Keadaan ketika itu gempar dan sedih sekali. Mahsuri dipapah oleh ibu bapa dan rakannya keluar dari tempat hukuman. Setelah berjalan keluar ,dia berasa lemah dan jatuh di atas pasir. Beliau juga sempat meninggal beberapa pesanan kepada bapanya. Kedaannya semakin uzur. Menyedari masanya hendak dijemput Allah hampir dekat sekali. Dengan tenaga akhir beliau mencabut cucuk sanggulnya dan menikam ke tanah dan terus bersumpah “ ……………………….hingga tujuh keturunan aku “ .Tempat hukuman itu dijalankan sekarang ini menjadi tempat letak kereta antara gerai makan dengan Sek. Keb. Padang Matsirat. Hari sudah hampir malam. Berita Arwah Mahsuri mati dibunuh tersebar ke merata kampung. Pada malam itu juga mayat arwah diusung oleh orang-orang kampung Pandak Mayah balik ke Kampung Cenerai. Bermulalah zaman Pulau Langkasuka disumpah oleh arwah Mahsuri. Hujan turun selama tujuh hari tanpa henti. Setelah mayat arwah Mahsuri tiba dikampungnya , kerja-kerja berkaitan pun dilakukan oleh orang-orang kampong seperti membaca “ Yassin “ dan lain-lain lagi.

Hari berikutnya barulah arwah dikebumikan dihadapan rumahnya sendiri. Arwah meninggal dalam usia lebih kurang 34 tahun dengan meninggal dua orang anak Wan Hakim 2 tahun, dan Wan Hamzah 8 bulan. Hari-hari berikutnya keadaan masyarakat kampung Cenerai merasa sedih dengan apa yang telah berlaku. Lebih-lebih lagi pada keluarga Pandak Mayah. Genap tujuh hari arwah Mahsuri dijemput Allah, pada suatu malam telah berlaku satu keajaiban di rumah Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya. Tiba-tiba rasuk rumahnya patah. Amat terkejut mereka semua. Keesokannya mereka semua terus megambil keputusan untuk berpindah . Wan Mahora tidak mahu ikut serta tapi dipaksa oleh Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya untuk berpindah. Dalam keadaan yang tidak sempurna, mereka berpindah menuju Satun. Turut serta dalam rombongan itu ialah seorang panglimanya bernama Alang Budiman.. Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya pun tiba di Satun. Tidak berapa hari di Satun beliau pun jatuh sakit hingga mulutnya herot ke kiri. Beliau pun berubat dengan beberapa orang bomoh. Salah seorang bomoh itu mengatakan sakitnya itu berlaku disebabkan oleh beliau sendiri iaitu membuat keputusan tanpa selidik terlebih dahulu.Tidak berapa lama selepas itu, Datuk Pekerma Jaya Wan Yahaya melepaskan jawatannya dan beliau menceraikan isterinya.

Beliau berpindah lagi dan tinggal di suatu tempat bernama Pakbara. Beliau mempunyai dua orang anak laki-laki. Pertama bernama Wan Ayob dan kedua bernama Wan Ishak. Kedua –dua anak mereka pula menetap bersama ibunya di Satun. Setelah enam bulan Wan Yahya di Pakbara, beliau pun berkahwin pula dengan orang Pakbara bernama Salini. Salini bekerja sebagai tukang jahit dan Wan Yahya sebagai nelayan. Tidak berapa lama selepas mereka berkahwin, berpindah pula mereka ke Phatalong sehingga akhir hayatnya. Selepas enam bulan, isterinya pula meninggal dunia akibat diracun orang. Perkahwinan mereka tidak mendapat seorang anak pun.

Wan Mahora. Setelah berapa lama menetap di Satun, beliau serta dua orang anaknya pula berpindah ke Songkla. Beliau menetap di Songkla sehingga akhir hayatnya.
Mak Udoh. setelah sebulan pemergian arwah Mahsuri. Beliau pula meninggal dunia dipanah petir ketika sedang memancing di laut bersama rakannya. Beliau mati tidak berkubur. Deramang penjual kain yang sempat meloloskan dirinya dan menaiki kapal menuju ke Sumatra pula menerima kemalangan di atas kapal. Beliau meninggal dunia di atas kapal disebabkan oleh ditimpa tiang kapal yang patah.

Setelah peperangan di Satun sudah pun tamat. Kemenangan berpihak kepada raja Satun. Beberapa barang hadiah dikurniakan oleh baginda raja Satun kepada Wan Derus dan orang-orangnya. Maka berangkatlah mereka kembali ke Pulau Langkasuka. Di Kampung Pengkalan kapal sanak saudara menunggu mereka kerana ada yang cedera dan lemah dan perlu diberi rawatan. Tidak kurang juga berita yang didengar dan diceritakan di antara mereka. Wan Derus senang dengan tugas yang telah diselesaikan ketika di Satun . Tetapi lain pula setelah beliau pulang ke Pulau Langkasuka. Hadiah di Pulau Langkasuka pula amat menyedihkan beliau dan boleh membawa kepada pergaduhan di antara keluarga sendiri. Beliau dan dibantu dengan sahabat-sahabatnya dapat mengawal perasaan yang kalau tersilap hitung boleh membawa kepada pembunuhan. Beliau menerima saja takdir yang telah menimpanya dengan penuh sabar dan berserah kepada Allah.

Dalam seminggu setelah arwah Mahsuri meninggal, Pandak Mayah tidak dapat melihat lagi barang-barang peninggalan arwah. Dikumpul olehnya barang-barang itu dan diberi kepada seseorang untuk menjaganya. Ibu dan kakak-kakak arwah tidak lagi dapat menahan kesedihan yang menimpa mereka. Mereka sentiasa mendoakan agar mereka dipendekan umur. Maka selepas setahun pemergian arwah, ibunya pula dijemput Allah. Ibunya juga disemadikan tidak jauh dari tempat arwah disemadikan. Tidak lama selepas itu pula turut diikuti oleh dua orang kakaknya. Kakaknya juga disemadikan ditempat yang sama. Setelah beberapa lama Wan Derus tinggal bersama dua orang anaknya, beliau pun meminta izin dari Pandak Mayah untuk meninggal Pulau Langkasuka. Setelah keizinan diberikan oleh Pandak Mayah barulah beliau berpindah dan tidak pulang lagi. Bekalan untuk beliau dan anak-anaknya pun disediakan oleh keluarga dan rakan-rakannya. Tiba hari berpindah, beliau pun dihantar oleh orang–orang terdekat hingga ke pantai. Maka belayarlah mereka ke suatu daerah bernama Trang. Beliau dan anak-anaknya pun menetap di Trang. Beliau tidak lagi berkahwin. Beliau sendiri membesarkan anak-anaknya. Beliau juga mengajar ilmu agama kepada orang-orang sekitarnya. Beliau memilih Trang untuk menetap kerana di sini beliau mempunyai ramai kenalan. Setelah beberapa lama beliau menetap disitu, sahabatnya berangkat pulang ke Pulau Langkasuka dengan tujuan untuk menyampaikan berita kepada Pandak Mayah. Sahabatnya itu berulang alik setahun sekali di antaraTrang dan Pulau Langkasuka.

Pandak Mayah, setelah kematian isteri dan anak-anaknya beliau pun berpindah ke tempat Wan Derus. Sebelum berpindah beliau memberi barang-barang kepada sahabatnya untuk dijaga dan diserah kepada anak-anak cucunya di kemudian hari. Rumah asalnya pun hendak diroboh tetapi dicadang oleh sahabatnya supaya tinggalkan untuk tatapan anak-anak cucunya. Cadangan itu diterimanya. Maka kekalah ukuran rumah itu hingga kehari ini. Setelah tiba masanya berpindah ,beliau pun berpindahlah ke tempat cucunya tinggal dengan ditemani oleh sahabat Wan Derus tadi dalam usianya tujuh puluhan. Semasa perpindahan itu beliau membawa bersamanya persalinan ketua kampung termasuk kasut capar, Keris Wali, tengkolok, lebai dan lain-lain barang. Tiba di Trang menetaplah beliau bersama menantu dan cucu-cucunya. Mereka membuat kerja seperti biasa untuk menyara kehidupan harian. Lebih kurang sepuluh tahun Pandak Mayah berada di Trang, beliau pun uzur. Oleh itu beliau pun meminta agar beliau dihantar pulang ke Pulau Langkasuka. Pulanglah beliau ke Pulau Langkasuka dan ditemani oleh orang harapan . Setiba di Pulau Langkasuka beliau tinggal bersama saudaranya. Hari berganti hari. Pandak Mayah semakin uzur. Beliau meninggal di Pulau Langkasuka dan disemadikan di Pulau Langkasuka.

Berita kematian Pandak Mayah disampaikan kepada Wan Derus oleh penyampainya. Setelah sekian lama di Trang , Wan Hakim pun dewasa. Beliau dikahwinkan dengan Umi Kalsom dari Pathalong. Setelah berkahwin beliau tinggal berasingan dari bapanya. Lebih kurang 86 tahun usia Wan Derus maka meninggallah beliau. Beliau disemadikan oleh orang-orang kampung. Makamnya sekarang ini terletak di belakang Masjid Trang yang imamnya sekarang ini bernama Hj. Ramli.

Wan Hakim dan isteri. Setelah beberapa tahun mereka kahwin, maka dikurniakan dua orang anak laki-laki. Anak pertama bernama Wan Mohd Salleh dan yang kedua bernama Wan Mohd Zaidi. Wan Mohd Zaidi dua tahun lebih muda dari abangnya. Setelah usia Wan Mohd Salleh 10 tahun, Wan Hakim sekeluarga berpindah pula ke Pathong (atau Pathongmoi). Mereka tinggal di satu kampung yang tidak jauh dari pantai . Kerja harian mereka adalah bertani dan ke laut. Wan Mohd Salleh ketika usianya 18 tahun dengan keizinan ibu dan bapanya , merantau pula beliau untuk belajar ilmu agama. Beliau merantau hingga sampai ke Naratiwat. Di Naratiwat beliau belajar disebuah sekolah pondok di Daerah Weng. Beliau berguru dengan seorang sheikh selama tiga tahun. Selepas pengajian beliau terus berniaga kain dan batu pemata. Beliau berurus niaga hingga ke Saiburi. Setelah umur Wan Mohd Salleh 25 tahun, beliau berkahwin dengan orang dari Saiburi bernama Wan Siti Hajar Bt Wan Alias. Mereka menetap di Ban Yala. Di sini mereka mendapat seorang anak perempuan dan diberi nama Cik Aa. Sementara itu di Phatong, Wan Mohd Zaidi meninggal dunia dalam usia 17 tahun kerana demam panas.Wan Mohd Salleh dan isteri setelah mendapat anak pertama , mereka berpindah lagi. Kali ini mereka berpindah hingga ke negeri Kedah. Setelah mendapat tempat yang sesuai mereka membina rumah dan menetap di situ. Pekerjaan mereka bersawah , menangkap ikan dan kerja-kerja kampung yang lain. Selepas menetap di Kedah, mereka mendapat lima orang lagi anak. Anak kedua bernama Cik, ketiga Embong, keempat Fatimah, kelima Aishah dan keenam laki-laki bernama Nan.

Hari ini yang masih ada hanyalah Fatimah saja dan usianya hampir 80 tahun Kakak-kakak dan adiknya sudah pun meninggal dunia. Fatimah ialah ibu kepada Abdul Ghoni. Beliau mempunyai 12 orang anak. Cik Aa pula berkhawin dengan Awang. Mereka menetap di Kampung Kubang Jelai dalam Daerah Pendang. Mereka mendapat beberapa orang anak. Anak sulungnya bernama Abdul Rahman.Awal tahun 60an Cik Aa meninggal dunia melewati suaminya. Beliau dimakamkan di perkuburan Islam Kampung Rambai. Abdul Rahman pula berkahwin dengan Saodah. Mereka mendapat beberapa orang anak. Mereka menetap di Kampung Gelam jalan Tanah Merah. Beliau meninggal di awal tahun 2000 kerana lumpuh. Anak pertama Abdul Rahman bernama Abdul Ghani. Setelah berkahwin. Beliau mendapat beberapa orang anak. Anak yang pertama bernama ms.. x. Mereka sekeluarga tinggal di pekan Pokok Sena, Kedah. Sekarang usia anak sulongnya lebih kurang 17 tahun. Apa yang dikatakan tujuh keturunan oleh arwah Mahsuri dalam ucapan sumpahnya ialah dikira dari dirinya, anaknya yang sulung dan seterusnya kepada cucu cicitnya yang sulung tidak kira samada laki-laki atau perempuan. Cartanya seperti berikut;

1-MAHSURI,
2-WAN HAKIM,
3-WAN MOHD SALLEH,
4-CIK AA
5-ABDUL RAHMAN
6-ABDUL GHANI
7-ms X

KETURUNAN MAHSURI

WAN AISHAH BINTI WAN NAWAWI

Wajah-wajah ayu keturunan Mahsuri.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAKAM MAHSURI

Teratak Panglima Hitam ?.....
Teratak Pandak Mayah

Makam - makam Mahsuri

LANGKAWI PULAU LAGENDA

PULAU LANGKAWI

Langkawi umpama sebutir mutiara yang terletak antara 104 pulau, satu pembentukan geologikal yang menarik di Asia Tenggara. Langkawi lahir pada awal masa. Sejarah geologi dunia membuktikan alam semula jadi Langkawi tercipta 500 juta tahun, iaitu pada zaman Cambrian. Pada zaman itu, sebuah benua besar bernama Gondwana yang terletak di Kutub Selatan, berpecah menjadi cebisan tanah yang kecil kini boleh dijumpai di empat tempat di bumi, iaitu Afrika, Australia, India, dan Langkawi. Banjaran Gondwana terletak di barat daya Langkawi. Pembentukan batu Gondwana yang menakjubkan menunjak tinggi berdekatan Tanjung Batu, berdirinya gunung-ganang Mat Chinchang yang meliputi sebahagian daripada Banjaran Gondwana. Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah Gergasi Bertarung, Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telani dan Telanai, Geroda dan Jentayu, dan Telaga Tujuh. Pada abad ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405. Pada kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura. Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat dengan Raja Louis XIV di Perancis pada tahun 1621 menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumber air bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya". Langkawi unik di sebalik pembangunannya yang pesat. Selangkah ke alam semula jadi Langkawi, muka buminya memberitahukan serta menceritakan asal usul kejadiannya. Bentuk fizikal gunung-ganang, pulau, gua, seakan-akan menyimpan himpunan cerita dan misteri yang tersendiri dan daripada dongeng dan hikayat jugalah kebanyakan tempat di Langkawi memperoleh namanya. Di barat laut pulau utama, tersergam Gunung Mat Chinchang yang mistik. Terbina dengan batuan yang paling tua di Asia Tenggara, dan di sinilah ditemui kesan fosil tertua berusia 500 juta tahun.

Komposisi geologikal utama pulau ini ialah granit, batu kapur, syal, dan batu lanar. Pelancong sering terpesona dengan pemandangan Pantai Pasir Hitam berhampiran Air Hangat dan Kuala Teriang tetapi penerangan geologikalnya amat mudah. Pantai itu terbentuk hasil paduan beberapa mineral, seperti tourmaline, ilmenite, dan zirkon, dengan batuan granit menyebabkannya berwarna hitam. Langkawi tidak memerlukan muzium untuk menceritakan kisahnya. Cukup dengan nama dan rupa bentuk fizikal unik dan menakjubkan. Jika anda pelancong yang mencintai alam semula jadi, jangan terpengaruh oleh lokasi cadangan agensi pelancongan. Sebaliknya mengembaralah ke pulau kecil sekelilingnya yang menyembunyikan puluhan gua granit dan batu kapur yang membentuk struktur unik.

ASAL USUL NAMA PULAU LANGKAWI

Pulau ini d kenali dari timur hingga ke arab sebagai Pulau Langkasuka. Dan dipercayai pulau ini juga telah beberapa ketika pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Kedah pada masa silam. Ini kerana pulau ini berada dalam kedudukan yang strategik dalam mengawal laluan perdagangan dan ketenteraan di antara Acheh, Siak-Riau-Lingga di Samudra, Toung Oo-Mandalay di Burma, Patani, Setoi (Satun), Singgora di segenting Kra, Kuala Muda, Kota Setar, Kerian, Beruas, Padang Serai, Larut Matang, Beruas di Semenanjung Tanah Melayu dengan pendagang-pendagang dari Arab, India, Parsi, China dan Rkukuyu

Kebiasaan ramai orang ketika ini mengetahui bahawa nama Langkawi di ambil nama sempena nama burung “helang” @ “lang”. Manakali “kawi” pula diambil dari nama sejenis batu kapur (Batuan Kalsit/Karbonat) yang terdapat banyak di sini. Jadi tidak hairanlah jika pulau ini menjadi transit atau habitat helang.

Manakala dari sumber yang lain,
Perkataan Langkawi berasal dari perkataan laghwi.
bilaghwi = disebabkan sumpahmu.laghwi jadik langkawi disebabkan lidah melayu.. laghwi = sumpah saya, jadi tu maksud langkawi, sumpah mahsuri ?:o

SUMPAH LAGHWI

Ayat 225Tidaklah diperhitongkan oleh Allah apa yg sia-sia pada sumpah kamu. Tetapi akan diperhitungkan kamu oleh apa yang diusahakan dia oleh hati kamu. Sedang Allah adalah Maha Pengampun,Lagi Maha Penyayang.TIDAKLAH DIPERHITUNGKAN OLEH ALLAH APA YANG SIA-SIA PADA SUMPAH KAMU.Disini terdapat kata LAGHWI yang didalam terjemahan ini kita artikan sia-sia.Menurut arti yang biasa, laghwi artinya ialah kata -kata terlanjur atau kata-kata yang tidak diperhitungkan masak-masak. Bercakap asal bercakap saja.Maka dalam hal ini ahli tafsir yang muktabar telah mengeluarkan berbagai pendapat. Menurut Ibnu Abbas dan Aisyah dan sebagian ahli tafsir, arti LAGHWI disini ialah KATA TERBIASA YANG DIUCAPKAN ORANG SEKADAR MENGUATKAN KATA SAJA, MITHALNYA TIDAK! DEMI ALLAH! didalam percakapan hari-hari, dengan tidak bermaksud hati sebagai bersumpah.

Menurut Al Marugi, begitulah arti LAGHWI pada sumpah itu, yang telah sama pendapat-pendapat ulama diatasnya.Menurut dari Hurairah SUMPAH LAGHWI itu ialah bersumpah untuk memastikan bahawa yang akan kejadian adalah begitu. Tetapi kemudian setelah sampai waktunya, maka yang kejadian itu berbeda dengan yang telah dipastikannya itu. Itu pun termasuk SUMPAH LAGHWI.Menurut riwayat yang lain dari Ibnu Abbas, SUMPAH LAGHWI ialah SUMPAH SESEORANG SEKETIKA DIA SANGAT MARAH. Pendapatnya itu dianuti juga oleh Thawas dan Makhul.

KISAH MAHSURI BINTI PANDAK MAYAH
Radin Masjoro berasal dari Pulau Besar. Ibu dan bapanya menetap dan meninggal di Pulau Besar. Beliau merupakan seorang peniaga batu permata dan emas. Beliau sentiasa berulang alik dari Negara Timur Tengah ke Nusantara ini melalui Pulau Langkasuka. Ke Negeri Siam juga pernah beliau berurus niaga. Pulau Langkasuka pula pernah menjadi tempat persingahannya.Setelah kemangkatan kedua ibu bapanya, beliau terus berpindah ke Pulau Langkasuka. Semasa beliau berniaga ke Siam ,beliau berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama Kuntom Bt Abdullah. Mereka pun berkhawin dan menetap di Pulau Langkasuka.Setelah mereka menetap di Pulau Langkasuka, mereka meneruskan perniagaan hingga ke Negeri Cina sambil belajar ilmu agama.Hasil dari perkongsian hidup mereka,dikurniakan dua orang anak. Pertama bernama Ratna Sari dan yang kedua bernama Ratna Dewi.Setelah anak kedua dewasa, dikahwinkan pula dengan Lah B. Mat Piah berasal dari Pattani.Hasil dari perkahwinan mereka itu, mendapat dua orang anak. Pertama bernama Umayyah dan yang kedua bernama Ishatul.Umayyah pula berkahwin dengan Karma yang berasal dari Pulau Langkasuka.Keluarga Karma ini menetap disebuah kampung yang bernama Kampung Cenerai di Pulau Langkasuka. Mereka mendapat tujuh orang anak Anak keenam dan ketujuh pula meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Anak kelima mereka bernama Mayah dan dipanggil dengan gelaran Pandak (Pandak Mayah)Setelah umur Pandak Mayah lebih dari dua puluh tahun, beliau berkahwin dengan Cik Alang. Cik Alang berasal dari Satun. Setelah usia Pandak Mayah dua puluh empat tahun, mereka mendapat seorang anak perempuan dan diberi nama Masiah.Ketika usia inilah beliau dilantik oleh orang-orang kampungnya menjadi ketua Kampung Cenerai yang pertama. Lengkap dengan pakaian rasmi dan senjata.Penduduk kampungnya ketika itu berjumlah lapan ratus hingga sembilan ratus orang.Ketika usia Pandak Mayah dua puluh tujuh tahun, mereka mendapat anak perempuan yang kedua dan diberi nama Masilah Setelah umurnya tiga puluh dua tahun mendapat pula anak yang bongsu dan diberi nama Mahsuri.

Ketiga-tiga anak mereka perempuan. Pekerjaan harian mereka adalah menanam padi huma, ubi kayu dan sayuran-sayuran kegunaan harian. Mereka juga ke laut sebagai nelayan. Pandak Mayah juga gemar memelihara burung jinak seperti burung murai cacing, burung serindik, burung merbuk dan lain-lain burung.Kepandaian beliau yang lain seperti memanggil Pelanduk dengan cara memukul daun palas ke tanah. Mereka juga memelihara kerbau, lembu serta kambing. Kalau di laut Pandak Mayah juga pandai mencari mutiara dan dijual kepada saudagar dari Cina dan Siam. Sebagai ketua kampung, segala permasalahan orang-orang kampungnya dirujuk kepada beliau. Beliau dikenali hingga ke Siam. Beliau juga mangadakan urusan niaga hingga ke Siam. Contohnya beliau membeli kopi , kain dan lain-lain barang dari Siam dan menjual di pulau ini. Pandak Mayah juga pernah berkunjung hingga ke Siam dan menerima hadiah dari pembesar Siam.

Ketika Cik Alang megandung anak yang ketiga ( lebih kurang lima bulan ), beliau diberikan oleh seorang hamba Allah sebilah pisau wali di masjid tua Ulu Melaka. Pisau wali itu digunakan sebagai senjata peribadi sepanjang hayatnya. Di saat-saat akhir beliau mengandung ini juga , beliau mengidam hendak makan ikan bawal putih. Bawal putih dapat dicari oleh Pandak Mayah berhampiran Pulau Dayang Bunting. Terus dibawa pulang ikan itu untuk isterinya. Dimasak dan dimakan oleh Mandak Alang. Selepas dua hari beliau memakan ikan itu, beliau terus melahirkan anaknya yang ketiga pada jam lebih kurang sebelas malam dihujung bulan Ramadan. Air perigi digunakan untuk mencuci Mandak Alang dan anaknya. Perigi itu terletak agak jauh dari rumah mereka iaitu berhampiran surau Kampong Cenerai.

Dalam usia lima tahun lagi anak bongsu Pandak Mayah sudah belajar ilmu agama. Beliau belajar dengan seorang ustazah dari Pattani. Tempat mereka belajar ialah di surau Kampung Cenerai.Dalam tahun 1810 Thai-Siam telah menyerang Pulau Langkasuka secara besar-besaran untuk menaklukinya. Malangnya mereka gagal dan ditentang hebat oleh panglima-panglima Pulau Langkasuka. Ketika perang ini jugalah beras dikumpul dan dibakar oleh Penghulu di Kampong Jerat. Tujuannya untuk tidak terlepas ke tangan orang-orang Thai-Siam. Dalam ketika perang dengan Thai-Siam ini jugalah Mahsuri anak bongsu Pandak Mayah bertunang dengan Wan Derus Bin Wan Embong. Setelah thai-Siam kalah dan Pulau Langkasuka kembali aman , mereka pun berkahwin dalam usia dua puluhan.

Semasa Pandak Mayah mengadakan kenduri kahwin anak bongsu inilah , beliau mengunakan periuk besar bergaris pusat tiga kaki dan boleh memasak nasi untuk beratus-ratus orang. Periuk ini ditempah di Trang dan dibuat dari tembaga. Setelah Mahsuri berkahwin, bapanya menghadiahkan kepadanya rumah . Tapak rumah asal itu sekarang ini berada tidak jauh dari pintu masuk makam. Rumah asal itu ialah sebuah rumah ketua kampong. Ukiran rumah itu diukir oleh Hj Sulaiman dari Pakistan. Beliau megambil masa hampir satu tahun untuk menyiapkan ukiran itu. Sehingga kini masih terdapat ukiran itu. Setelah usia Mahsuri lebih kurang tiga puluhan, mereka mendapat seorang anak dan diberi nama Wan Hakim. Selepas dua tahun mereka pula mendapat seorang lagi anak dan diberi nama Wan Hamzah. Wan Derus merupakan seorang panglima. Antara sahabat-sahabat rapatnya ialah Syed Salim, Syed Bakhori, Syed Ali dan yang lain-lain lagi. Dalam tahun 1820an Thai-Siam telah menyerang Negeri Satun. Ketika itu negeri Satun diperintah oleh Raja Bokhori iaitu anak kepada Tengku Alang Perkasa. Maka Raja Bokhori pun meminta pertolongan dari angkatan perang dari Pulau Langkasuka. Ketika itu Pulau Langkasuka di bawah perintahan Raja Satun. Bertolaklah satu angkatan perang dari Pulau Langkasuka dan diketuai oleh beberapa orang panglima perang . Salah seorang dari panglima itu Wan Derus. Setelah beberapa hari dalam pelayaran, sampailah mereka ke Satun .Tidak berapa lama di Satun berlakulan peperangan antara angkatan Raja Bokhori dengan angkatan tentera Thai-Siam. Peperangan ini berlaku disebuah tempat berhampiran pantai iaitu di Ban Khuan (Kampong Bukit) atau Ban Chuan. Peperangan ini berpihak kepada Satun. Dalam peperangan ini juga lah Raja Satun diselamatkan oleh orang-orang Raja Siam Kedah dan membawanya ke Saiburi. Bila Satun aman sepenuhnya barulah beliau pulang ke Satun. Ketika peperangan berlaku di Satun, Di Pulau Langkasuka pula sedang berlaku peristiwa di antara anak menantu Wan Embong sendiri. Orang-orang Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya pula tidak ke Satun untuk membantu Raja Satun dalam peperangan menentang Thai-Siam, Wan Mahora, isteri kepada Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya dan kakak ipar kepada Mahsuri. Beliau merasa amat cemburu dengan Mahsuri terutamanya Mahsuri lebih mendapat perhatian dari orang-orang tempatan atau dari luar. Mahsuri juga pernah mendapat hadiah dari Raja Siam Kedah. Justeru itu juga keluarga Pandak Mayah juga tidak kurang disebut atau disanjung orang.

Berputik daripada perasaan cemburu inilah, Wan Mahora memasang perisiknya yang kebetulan tinggal berhampiran dengan rumah Mahsuri. Beliau bernama Mak Udoh. Tapak rumahnya sekarang ini telah terbina tandas awam berhampiran Makam Mahsuri. Mak Udoh hanya empat tahun lebih tua dari Mahsuri. Mereka juga berkawan baik lebih-lebih lagi mereka tinggal sekampung. Deramang ialah seorang penjual kain dari seberang atau dari Sumatera. Beliau juga bersahabat dengan Wan Derus atau dengan keluarga Pandak Mayah sendiri. Tanda persahabatan mereka masih ada hingga ke hari ini dalam bentuk siling lama. Kerana beliau berniaga, sudah tentulah beliau akan rumah ke rumah untuk menjual barang-barangnya tidak kira waktu dan masa. Kesempatan inilah diambil oleh Mak Udoh untuk menjalankan tugasnya untuk Wan Mahora. Inilah kesempatan yang amat baik bagi beliau untuk membantu Wan Mahora. Daripada perasaan cemburu berubah kepada hasad dengki dan seterusnya berlakulah fitnah. Memang berlaku Deramang penjual kain bertandang ke rumah Mahsuri dengan tujuan menjual kain. Akan tetapi kesempatan ini diintai oleh Mak Udoh dengan mengatakan mereka berdua-duaan. Perkara ini telah dibawa oleh Mak Udoh ke pengetahuan Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya dan disokong kuat oleh Wan Mahora. Maka Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya memerintahkan panglimanya ke Kampung Cenerai untuk membawa Mahsuri meghadap beliau. Dengan tidak tahu tujuan apa-apa Mahsuri pun pergilah meghadap Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya atau abang iparnya. Amat terkejutlah Mahsuri ketika beliau dituduh berkelakuan tidak senonoh dengan Deramang penjual kain. Dalam kekalutan ini, Deramang penjual kain pula megambil kesempatan lari keluar dari Pulau Langkasuka . Beliau sempat manaiki kapal yang menuju ke Sumatra. Dua hari Mahsuri ditahan di Kampung Jerat. Juga tidak mengaku olehnya walaupun diugut untuk dibunuh. Maklumlah perkara tidak dilakukan oleh beliau bagaimana hendak mengaku mengikut kehendak penuduh. Hari kedua gemparlah orang-orang Kampong Cenerai dengan berita Mahsuri dituduh berkelakuan tidak baik dengan penjual kain. Bergegaslah mereka ke Kampung Jerat untuk mendengar berita itu. Ibu bapa Mahsuri juga bergegas ke rumah Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya. Berbagai-bagai penjelasan diberikan oleh ibu bapanya tapi tidak diendahkan oleh Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan oleh Pandak Mayah. Kerana kesemua orang-orang kuatnya pergi berperang. Tetapi orang-orang Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya ramai. Apa yang dapat dilakukan oleh Pandak Mayah, keluarganya dan sahabatnya hanya berdoa saja agar kebenaran berpihak kepadanya. Masa berjalan , rayuan tidak di layan oleh Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya. Hukum bunuh hendak dilaksanakan juga . Yang tidak bersalah tetap mengaku tidak bersalah walaupun diugut hendak di bunuh.

Hari hampir senja. Mahsuri pun dibawa oleh orang-orang Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya ke tepi pantai. Beliau pun diikat ke sebatang pokok cenerai yang sederhana besar. Pokok cenerai itu pula dikuatkan dengan sebatang buluh pancung. Tali untuk mengikat tangan Mahsuri dibuat oleh seseorang yang pandai. Tali itu dibuat dari empat jenis bahan yang berlainan iaitu dari kulit pisang benggala, rambut yang panjang, kulit pisang udang dan akar minyak. Setelah tangannya diikat kuat oleh orang yang pandai, beliau tetap juga tidak mengaku dengan tuduhan itu. Orang yang menjalankan hukuman bagi pihak Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya ialah panglimanya bernama Alang Budiman. Mahsuri pula berpakaian kemas dan bertudung kepala hadiah dari suaminya yang terakhir. Disanggulnya tercucuk penyucuk sanggul merupai keris. Dilehernya tergantung seutas rantai emas berlokek. Didalam lokek itu tersimpan Quran kecil. Kesemua orang kampungnya yang hadir berada tidak jauh dari tempat hukuman itu termasuk ibu dan bapanya. Keris pertama diserahkan kepada Alang Budiman dan terus menikam ke dada Mahsuri tapi tidak berhasil. Ibunya jatuh pengsan. Diberi pula keris yang berlambang naga kepada Alang Budiman. Tiga kali Alang Budiman menggelilingi Mahsuri. Ditikamnya ke dada Mahsuri sebelah kiri dari arah belakang. Mahsuri masih tidak menyedari bahawa dadanya sudah ditikam. Beberapa lama barulah beliau merasa sakit. Ibunya sedar dari pengsan.Selepas itu barulah ikatan ditangannya dibuka. Alang Budiman tidak lagi berada disitu . Keadaan ketika itu gempar dan sedih sekali. Mahsuri dipapah oleh ibu bapa dan rakannya keluar dari tempat hukuman. Setelah berjalan keluar ,dia berasa lemah dan jatuh di atas pasir. Beliau juga sempat meninggal beberapa pesanan kepada bapanya. Kedaannya semakin uzur. Menyedari masanya hendak dijemput Allah hampir dekat sekali. Dengan tenaga akhir beliau mencabut cucuk sanggulnya dan menikam ke tanah dan terus bersumpah “ ……………………….hingga tujuh keturunan aku “ .Tempat hukuman itu dijalankan sekarang ini menjadi tempat letak kereta antara gerai makan dengan Sek. Keb. Padang Matsirat. Hari sudah hampir malam. Berita Arwah Mahsuri mati dibunuh tersebar ke merata kampung. Pada malam itu juga mayat arwah diusung oleh orang-orang kampung Pandak Mayah balik ke Kampung Cenerai. Bermulalah zaman Pulau Langkasuka disumpah oleh Arwah Mahsuri. Hujan turun selama tujuh hari tanpa henti. Setelah mayat arwah Mahsuri tiba dikampungnya , kerja-kerja berkaitan pun dilakukan oleh orang-orang kampong seperti membaca “ Yassin “ dan lain-lain lagi.
Hari berikutnya barulah arwah dikebumikan dihadapan rumahnya sendiri. Arwah meninggal dalam usia lebih kurang 34 tahun dengan meninggal dua orang anak Wan Hakim 2 tahun, dan Wan Hamzah 8 bulan. Hari-hari berikutnya keadaan masyarakat kampung Cenerai merasa sedih dengan apa yang telah berlaku. Lebih-lebih lagi pada keluarga Pandak Mayah. Genap tujuh hari arwah Mahsuri dijemput Allah, pada suatu malam telah berlaku satu keajaiban di rumah Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya. Tiba-tiba rasuk rumahnya patah. Amat terkejut mereka semua. Keesokannya mereka semua terus megambil keputusan untuk berpindah . Wan Mahora tidak mahu ikut serta tapi dipaksa oleh Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya untuk berpindah. Dalam keadaan yang tidak sempurna, mereka berpindah menuju Satun. Turut serta dalam rombongan itu ialah seorang panglimanya bernama Alang Budiman.. Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya pun tiba di Satun. Tidak berapa hari di Satun beliau pun jatuh sakit hingga mulutnya herot ke kiri. Beliau pun berubat dengan beberapa orang bomoh. Salah seorang bomoh itu mengatakan sakitnya itu berlaku disebabkan oleh beliau sendiri iaitu membuat keputusan tanpa selidik terlebih dahulu.Tidak berapa lama selepas itu, Datuk Pekerma Jaya Wan Yahaya melepaskan jawatannya dan beliau menceraikan isterinya.

Beliau berpindah lagi dan tinggal di suatu tempat bernama Pakbara. Beliau mempunyai dua orang anak laki-laki. Pertama bernama Wan Ayob dan kedua bernama Wan Ishak. Kedua –dua anak mereka pula menetap bersama ibunya di Satun. Setelah enam bulan Wan Yahya di Pakbara, beliau pun berkahwin pula dengan orang Pakbara bernama Salini. Salini bekerja sebagai tukang jahit dan Wan Yahya sebagai nelayan. Tidak berapa lama selepas mereka berkahwin, berpindah pula mereka ke Phatalong sehingga akhir hayatnya. Selepas enam bulan, isterinya pula meninggal dunia akibat diracun orang. Perkahwinan mereka tidak mendapat seorang anak pun.

Wan Mahora. Setelah berapa lama menetap di Satun, beliau serta dua orang anaknya pula berpindah ke Songkla. Beliau menetap di Songkla sehingga akhir hayatnya.

Mak Udoh. setelah sebulan pemergian arwah Mahsuri. Beliau pula meninggal dunia dipanah petir ketika sedang memancing di laut bersama rakannya. Beliau mati tidak berkubur. Deramang penjual kain yang sempat meloloskan dirinya dan menaiki kapal menuju ke Sumatra pula menerima kemalangan di atas kapal. Beliau meninggal dunia di atas kapal disebabkan oleh ditimpa tiang kapal yang patah.

Setelah peperangan di Satun sudah pun tamat. Kemenangan berpihak kepada raja Satun. Beberapa barang hadiah dikurniakan oleh baginda raja Satun kepada Wan Derus dan orang-orangnya. Maka berangkatlah mereka kembali ke Pulau Langkasuka. Di Kampung Pengkalan kapal sanak saudara menunggu mereka kerana ada yang cedera dan lemah dan perlu diberi rawatan. Tidak kurang juga berita yang didengar dan diceritakan di antara mereka. Wan Derus senang dengan tugas yang telah diselesaikan ketika di Satun . Tetapi lain pula setelah beliau pulang ke Pulau Langkasuka. Hadiah di Pulau Langkasuka pula amat menyedihkan beliau dan boleh membawa kepada pergaduhan di antara keluarga sendiri. Beliau dan dibantu dengan sahabat-sahabatnya dapat mengawal perasaan yang kalau tersilap hitung boleh membawa kepada pembunuhan. Beliau menerima saja takdir yang telah menimpanya dengan penuh sabar dan berserah kepada Allah.
Dalam seminggu setelah arwah Mahsuri meninggal, Pandak Mayah tidak dapat melihat lagi barang-barang peninggalan arwah. Dikumpul olehnya barang-barang itu dan diberi kepada seseorang untuk menjaganya. Ibu dan kakak-kakak arwah tidak lagi dapat menahan kesedihan yang menimpa mereka. Mereka sentiasa mendoakan agar mereka dipendekan umur. Maka selepas setahun pemergian arwah, ibunya pula dijemput Allah. Ibunya juga disemadikan tidak jauh dari tempat arwah disemadikan. Tidak lama selepas itu pula turut diikuti oleh dua orang kakaknya. Kakaknya juga disemadikan ditempat yang sama. Setelah beberapa lama Wan Derus tinggal bersama dua orang anaknya, beliau pun meminta izin dari Pandak Mayah untuk meninggal Pulau Langkasuka. Setelah keizinan diberikan oleh Pandak Mayah barulah beliau berpindah dan tidak pulang lagi. Bekalan untuk beliau dan anak-anaknya pun disediakan oleh keluarga dan rakan-rakannya. Tiba hari berpindah, beliau pun dihantar oleh orang–orang terdekat hingga ke pantai. Maka belayarlah mereka ke suatu daerah bernama Trang. Beliau dan anak-anaknya pun menetap di Trang. Beliau tidak lagi berkahwin. Beliau sendiri membesarkan anak-anaknya. Beliau juga mengajar ilmu agama kepada orang-orang sekitarnya. Beliau memilih Trang untuk menetap kerana di sini beliau mempunyai ramai kenalan. Setelah beberapa lama beliau menetap disitu, sahabatnya berangkat pulang ke Pulau Langkasuka dengan tujuan untuk menyampaikan berita kepada Pandak Mayah. Sahabatnya itu berulang alik setahun sekali di antaraTrang dan Pulau Langkasuka.

Pandak Mayah, setelah kematian isteri dan anak-anaknya beliau pun berpindah ke tempat Wan Derus. Sebelum berpindah beliau memberi barang-barang kepada sahabatnya untuk dijaga dan diserah kepada anak-anak cucunya di kemudian hari. Rumah asalnya pun hendak diroboh tetapi dicadang oleh sahabatnya supaya tinggalkan untuk tatapan anak-anak cucunya. Cadangan itu diterimanya. Maka kekalah ukuran rumah itu hingga kehari ini. Setelah tiba masanya berpindah ,beliau pun berpindahlah ke tempat cucunya tinggal dengan ditemani oleh sahabat Wan Derus tadi dalam usianya tujuh puluhan. Semasa perpindahan itu beliau membawa bersamanya persalinan ketua kampung termasuk kasut capar, Keris Wali, tengkolok, lebai dan lain-lain barang. Tiba di Trang menetaplah beliau bersama menantu dan cucu-cucunya. Mereka membuat kerja seperti biasa untuk menyara kehidupan harian. Lebih kurang sepuluh tahun Pandak Mayah berada di Trang, beliau pun uzur. Oleh itu beliau pun meminta agar beliau dihantar pulang ke Pulau Langkasuka. Pulanglah beliau ke Pulau Langkasuka dan ditemani oleh orang harapan . Setiba di Pulau Langkasuka beliau tinggal bersama saudaranya. Hari berganti hari. Pandak Mayah semakin uzur. Beliau meninggal di Pulau Langkasuka dan disemadikan di Pulau Langkasuka.
Berita kematian Pandak Mayah disampaikan kepada Wan Derus oleh penyampainya. Setelah sekian lama di Trang , Wan Hakim pun dewasa. Beliau dikahwinkan dengan Umi Kalsom dari Pathalong. Setelah berkahwin beliau tinggal berasingan dari bapanya. Lebih kurang 86 tahun usia Wan Derus maka meninggallah beliau. Beliau disemadikan oleh orang-orang kampung. Makamnya sekarang ini terletak di belakang Masjid Trang yang imamnya sekarang ini bernama Hj. Ramli.

Wan Hakim dan isteri. Setelah beberapa tahun mereka kahwin, maka dikurniakan dua orang anak laki-laki. Anak pertama bernama Wan Mohd Salleh dan yang kedua bernama Wan Mohd Zaidi. Wan Mohd Zaidi dua tahun lebih muda dari abangnya. Setelah usia Wan Mohd Salleh 10 tahun, Wan Hakim sekeluarga berpindah pula ke Pathong (atau Pathongmoi). Mereka tinggal di satu kampung yang tidak jauh dari pantai . Kerja harian mereka adalah bertani dan ke laut. Wan Mohd Salleh ketika usianya 18 tahun dengan keizinan ibu dan bapanya , merantau pula beliau untuk belajar ilmu agama. Beliau merantau hingga sampai ke Naratiwat. Di Naratiwat beliau belajar disebuah sekolah pondok di Daerah Weng. Beliau berguru dengan seorang sheikh selama tiga tahun. Selepas pengajian beliau terus berniaga kain dan batu pemata. Beliau berurus niaga hingga ke Saiburi. Setelah umur Wan Mohd Salleh 25 tahun, beliau berkahwin dengan orang dari Saiburi bernama Wan Siti Hajar Bt Wan Alias. Mereka menetap di Ban Yala. Di sini mereka mendapat seorang anak perempuan dan diberi nama Cik Aa. Sementara itu di Phatong, Wan Mohd Zaidi meninggal dunia dalam usia 17 tahun kerana demam panas.

Wan Mohd Salleh dan isteri setelah mendapat anak pertama , mereka berpindah lagi. Kali ini mereka berpindah hingga ke negeri Kedah. Setelah mendapat tempat yang sesuai mereka membina rumah dan menetap di situ. Pekerjaan mereka bersawah , menangkap ikan dan kerja-kerja kampung yang lain. Selepas menetap di Kedah, mereka mendapat lima orang lagi anak. Anak kedua bernama Cik, ketiga Embong, keempat Fatimah, kelima Aishah dan keenam laki-laki bernama Nan.